Wednesday, May 18, 2011

lautan cita-cita~

antara cita2 dan impian,, adakah perbezaan antara dua perktaan ini,, aku masih lagi terkapai di lautan cita2,,, mencari kapal impian utk menuju pulau kehidupan yang abadi,,,
tapi,, apakah cita2ku,,
aku sering kali bertanya,, bagaiman cara hidupku dalam 10 tahun yg akan datang ini,,,

angka usia terus-teusan bertambah,, tetapi aku masih belum lagi menemui cita2 aku sendiri,,, aku masih sesat dalam lautan cita2,, ya,, memang aku mempunyai impian,, tetapi aku masih belum tau,, sama ada aku dapat menggapai impian aku ataupun tidak,, kerjaya dan impian bagiku,, perkara yg berbeza

bagiku, kerjaya adalam tangga bagi menuju impianku,, lebih tepat kerjaya ibarat kapal yang akan membawaku menuju pulau impianku, tapi apakah aku mampu mendapat kerjaya yang mampu mencapai impian aku,,
aku tertanya2,, dan persoalan itu masih lagi belum terjawab,,,

impianku adalah untuk membukai sebuah kedai bunga bertempat di tempat indah, PUNCAK CAMERON,, aku ingin menghabiskan sisa hidupku di situ,,, menghirup secawan teh boh sambil menikmati permandangan indah dari puncak kawasan tanah tinggi,, dan tidak lupa,, bunga2 menghiasi lamanku,, aku mahu waktu senjaku dihabiskan dgn bermain bunga ros,, serta menyiram pokok bunga di samping menahan sejuk keadaan sekeliling,, dan waktu itu aku tidak kasih lagi kalau tanganku luka kerna duri bunga ros itu,, sama ada aku hanya dapat memakai pakaian tukang kebun yang lama denagn topinya yg usang,,,

namun,, dapatkah aku menggapai impinaku,, mampukah aku menghirup teh itu,, mampukah aku bermain dgn ros ku,,, aku tertanya2 tapi malangnya tiada jawapan bagi pertanyaanku,,,

No comments:

Post a Comment